Wednesday 30 April 2014

Tokoh Pahlawan Pahang (Artikal 4)

Leftenan Mohd Nor bin Haji Abdul Rani

Leftenan Mohd Nor bin Hj Abdul Rani
Leftenan Mohamad Nor bin Haji Abdul Rani atau lebih dikenali sebagai  Nor Rani dilahirkan di sebuah kampung yang bernama Kampung Bukit Ubi, Kuantan pada tanggal 1912. Pada tahun 1939, Mohamad Nor bin Haji Abdul Rani telah menganggotai dan berkhidmat di Kapal H.M.S. Kedah yang berpengkalan di Singapura. Kapal ini berkawal di laut China Selatan, Pantai Timur Tanah Melayu, Pantai Borneo dan Selat Melaka. Nor Rani telah dipanggil balik bertugas di Singapura pada 10.12.1941 semasa beliau sedang bercuti di Kuantan, Pahang dan diarah untuk membawa orang kenamaan British pulang ke England untuk mengelakkan dari serangan Jepun. Kemudian beliau belayar pula ke Colombo.

Pada 3.4.1942, satu angkatan kapal terbang Jepun datang menyerang Colombo. Ahli-ahli  Ceylon Garrison Artillery dan Ceylon Light Infantry berundur dari Colombo. Nor Rani bersama 113 orang tentera laut Semenanjung Tanah Melayu menggunakan meriam melawan serangan Jepun itu. Mereka telah berjaya menghalau Jepun dari situ. Januari 1943, Nor Rani bersama 29 orang askar yang lain menjadi ahli pasukan 136 iaitu pasukan gerila yang melawan Jepun di Tanah Melayu.

Leftenan Mohd. Nor bin Haji Abdul Rani telah banyak memberi sumbangan kepada negara kita. Antaranya, beliau berjaya menembak mati beberapa askar Jepun, mengembalikan keamanan di Grik, Perak dengan menghapuskan Jepun di sana. Leftenan Nor Rani dianugerahkan sebagai Tok Penghulu Grik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak. Tidak berapa lama kemudian, beliau dikurniakan pula Pingat Tok Amar Pahlawan Perak. 

Setelah beliau bersara, beliau pulang semula ke Pahang dan kemudian berpindah ke Kuala Lumpur. Leftenan Mohamad Nor bin Haji Abdul Rani menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah beliau di Kuala Lumpur pada 13 November 1984.


Ibrahim Haji Yaakob

Ibrahim Haji Yaakob
Lahir pada 27 November 1911 di Kampung Kertau,Temerloh. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu pada 1918 dan Sekolah Latihan Guru  1926-1927 sebelum menuntut di Maktab Perguruan Tanjung Malim pada 1928-1931. Mengajar di Bentong pada 1931-1936 dan kemudian menjadi guru bahasa di Pusat Latihan Polis, Kuala Lumpur. 

Pertengahan 1938, beliau menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah air. Mei 1939, menjadi pengarang akhbar Majlis dan wartawan Utusan Melayu 1940-1941. Menjelang 1942, KMM diharamkan oleh Jepun dan disusun semula dengan nama KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) pada Jun 1945. Ogos 1945,  beliau ditukarkan ke Jakarta menguruskan pemindahan PETA (Panglima Pembela Tanah Air). Beliau menentang penjajah Belanda bersama rakyat Indonesia dengan menggunakan nama Iskandar Kamil. 

Pernah menjadi Diplomat Indonesia di Phnom Penh dan Manila. Menulis beberapa buah buku seperti Sejarah Dan Perjuangan Di Malaya, Nusa Dan Bangsa Melayu dan Melihat Tanah Air. Meninggal dunia pada 8 Mac 1979 dalam usia 68 tahun dan disemadikan di Makam Pahlawan Kalibata, Jakarta.

 

Tokoh Pahlawan Pahang (Artikal 3)

Pawang Nong Taib bin Santan

Pawang Nong Taib bin Santan
Pawang Nong Taib, anak Santan bin Husin dengan Boi binti Bakar adalah pejuang Pahang. Beliau terlibat dalam gerakan menentang Jepun dan Komunis. Pawang Nong dilahirkan di Kampung Sempiat, Mukim Tanjung Besar, Kuala Lipis, Pahang pada tahun 1874. 

Ketika pendudukan Jepun, 1942-1945, Pawang Nong mengarahkan penduduk Kampung Hulu Cheka jangan mematuhi perintah Jepun menyerahkan semua lebihan padi, sebaliknya menyerahkan 15-20 gantang sahaja. Lebihan padi disimpan di tepi hutan untuk mengelakkan daripada di kesan pemerintah Jepun. 

Pawang Nong membantu pasukan 136 di bawah pimpinan Golden berlindung di Sekolah Kebangsaan Hulu Cheka. Pawang Nong juga memainkan peranan menentang komunis di kampungnya. Beliau bersama 40 orang membantu pasukan tentera yang terdiri daripada 8 orang di bawah pimpinan Leftenan Adnan bertempur dengan Komunis di Kampung Perlok. 

Selain itu Pawang Nong bersama pasukannya membuat rondaan dengan mengesan komunis. Di atas jasanya, Pawang Nong dianugerahkan bintang Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK). Pawang Nong menunaikan fardu Haji pada tahun 1957. Beliau terus berkhidmat sebagai bomoh sehingga meninggal dunia pada hari Jumaat, 12 November 1976.


Jeneral (B) Tan Sri Haji Abdul Hamid bin Bidin

Jeneral (B) Tan Sri Haji Abdul Hamid bin Bidin
Abdul Hamid bin Bidin dilahirkan pada 1 Julai 1918, di Kampung Pianggu, Endau Rompin, Pahang Darul Makmur. Beliau telah mencatatkan rekod sebagai anggota tentera pangkat biasa yang pertama berjaya menjadi Panglima Angkatan Tentera. Beliau merupakan Panglima Angkatan Tentera Malaysia ke-2 (November 1969- Jun 1970) menggantikan Jeneral (B) Tunku Tan Sri Haji Osman bin Tunku Md. Jewa. Beliau memulakan penglibatan dalam bidang ketenteraan pada 1 Ogos 1939 apabila mengikuti latihan rekrut selama 6 bulan di Port Dickson. 

Jeneral Hamid menjadi penduduk tempatan pertama menjadi Edikong (pengiring) Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney pada 1950. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk memerintah Briged Ketiga di Congo dalam Pasukan Pengaman PBB dari 10 Mac 1961 – 28 Mac 1962. Selepas itu, Jeneral Hamid telah dinaikkan pangkat sehingga Mejar Jeneral dan memegang jawatan Ketua Turus Tentera Darat. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat lagi kepada Leftenan General (7 Julai 1966) dan akhirnya Jeneral (1 Julai 1968).

Tuesday 29 April 2014

Tokoh Pahlawan Pahang (Artikal 2)

Mat Lela


Mat Lela
Mat Lela adalah seorang tokoh pahlawan Pahang menentang British pada tahun 1891-1895. Beliau adalah anak Dato’ Bahaman. Mat Lela bersama bapanya menjalankan gerakan menentang British di Pahang. Oleh kerana kegiatannya itu, nama Mat Lela diletakkan dalam senarai hitam, tokoh dikehendaki oleh kerajaan yang diisytiharkan pada 7 Februari 1892. Mat Lela bersama Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau melancarkan serangan ke atas kubu Jeram Ampai pada 14 Jun 1894. 

Setelah gagal mempertahankan kubu Jeram Ampai daripada serangan pasukan British, Mat Lela dan pejuang Pahang yang lain berundur ke Hulu Lebir, Kelantan. Kemudiannya tinggal di Kemumin, Machang di bawah lindungan Engku Selia Raja. Pada akhir 1894, Mat Lela dan beberapa orang pejuang Pahang berlindung di Besut, Terengganu. Dalam bulan September 1895 Mat Lela yang berada di Hulu Kelantan ditangkap oleh pegawai Thai. Seterusnya pada bulan November 1895 di bawa ke Kota Bharu. Kemudiannya Mat Lela dibawa oleh pegawai Thai ke Bangkok dan seterusnya ke Chiengmai.


Mat Kilau

Mat Kilau
Mat Kilau adalah seorang pemimpin gerakan menentang British di Pahang pada tahun 1891-1895. Nama sebenarnya ialah Muhammad. Beliau adalah anak Tok Gajah dengan Teh Mahada. Nama Mat Kilau mulai menonjol dalam kegiatan menentang British di Hulu Pahang. Pihak British memujuk Mat Kilau menghentikan kegiatannya. Oleh kerana Mat Kilau enggan, pihak British melancarkan serangan ke atas Kampung Budu. Mat Kilau, sekeluarga dan pengikutnya meninggalkan Kampung Budu yang dibakar oleh British. 

Mat Kilau yang diburu oleh British berlindung di rumah Wan Tanjung, anak Tok Raja. Kemudiannya berundur ke Hulu Cheka dan seterusnya bersama Tok Gajah ke Lebir. Pada 14 Jun 1894, Mat Kilau bersama pejuang-pejuang Pahang yang lain menyerang dan menawan kubu British di Jeram Ampai. 

Apabila British menawan semula kubu ini Mat Kilau bersama Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Lela berundur ke Kelantan dan Terengganu. Pada tahun 1896, British mendapat maklumat yang Tok Gajah dan Mat Kilau meninggal dunia. Kemudiannya Mat Kilau muncul kembali. Beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 dan dikebumikan di perkuburan Kampung Masjid, Pulau Tawar, Pahang.

Monday 28 April 2014

Tokoh Pahlawan Pahang (Artikel 1)

Dato' Bahaman Bin Tuanku Imam Noh

Dato’ Bahaman, Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan
Dato' Bahaman
Semantan adalah tokoh pejuang Pahang menentang British. Beliau dilahirkan pada tahun 1838 di Kampung Rantau Panjang, Pahang. Oleh kerana jasanya membantu Wan Ahmad dalam perang mengalahkan Bendahara Wan Mutahir pada tahun 1863, Bahaman di anugerahkan gelaran Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantan dan berkuasa di kawasan Semantan. Apabila British campur tangan dalam pentadbiran Pahang mulai tahun 1887, Dato’ Bahaman melahirkan rasa tidak puas hati. Di samping itu perselisihan sering kali berlaku di antara Dato’ Bahaman dengan Residen British, J.P.Rodger. 

Pada tahun 1891 Dato’ Bahaman mengarahkan pengikutnya melancarkan serangan ke atas pasukan British dalam perjalanan ke Lubuk Terua yang diketuai oleh C.E.M. Desborough, pemangku pemungut cukai mukim Semantan yang menangkap 3 orang pengikutnya kerana tidak mengambil surat kebenaran memungut hasil hutan. Pasukan Dato’ Bahaman gagal mengatasi pasukan British. Dengan itu berundur ke Kelantan dan Terengganu. Pada tahun 1894, dengan semangat jihad Dato’ Bahaman dan pengikutnya melancarkan serangan ke atas Pahang. Beliau berjaya menduduki balai polis Kuala Tembeling dan kubu British di Jeram Ampai. Kejayaan tidak lama, pasukan British bertindak balas, menyerang dan menawan kubu Jeram Ampai. Dato’ Bahaman dan pengikutnya berundur semula ke Kelantan dan Terengganu. Pada tahun 1896, ketika tinggal di Kelantan, Dato’ Bahaman dan pengikutnya dibawa oleh pegawai kerajaan Thailand ke Bangkok dan kemudiannya ke Chiengmai. Mengikut sumber tertentu Dato’ Bahaman meninggal dunia di Thailand.


Tok Gajah (Imam Perang Rasu)

Tok Gajah
Tok Gajah atau Imam Perang Rasu adalah seorang pemimpin menentang British di Pahang 1891-1895. Nama sebenarnya ialah Abdul Salam. Tok Gajah dilahirkan di Kampung Temau, Raub, Pahang pada tahun 1845. Beliau membantu Wan Ahmad mengalahkan Bendahara Wan Mutahir pada tahun 1863 dalam perang merebut jawatan Bendahara. Kemudian beliau terlibat dalam perang Selangor membantu Tengku Kudin. Setelah pulang dari Selangor, Tok Gajah dianugerahkan gelaran Imam Perang Indera Gajah Pahang dan berkuasa di Pulau Tawar. Walaupun Tok Gajah membenci British, tetapi beliau hanya bergabung secara langsung dengan pasukan Bahaman pada tahun 1892. 

Pada tahun 1894, Tok Gajah memimpin salah satu pasukan melancarkan serangan ke atas kubu British di Jeram Ampai. Apabila gagal mengekalkan kedudukan di kubu ini, pasukan pejuang Pahang berundur. Pasukan Tok Gajah bertempur dengan pasukan Britsh di bawah Hugh Clifford di Hulu Pertang pada 30 Julai 1894. Tok Gajah berjaya memboloskan diri. Beliau meninggal dunia di Pasir Nering, Kuala Berang, Terengganu pada tahun 1901 dan dikebumikan di situ.

Friday 25 April 2014

Cop Mohor Negeri Pahang

COP MOHOR NEGERI PAHANG
Cop Mohor Negeri Pahang mula diperkenalkan pada 31 Disember 1947 selepas mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar telah melantik Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang yang juga Yang Dipertua Jawatankuasa Undang-undang Tubuh Negeri Pahang untuk menguruskan hal tersebut. Kemudiannya Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang telah melantik Dato' Setia Jaya untuk membuat rekaan cop mohor bagi negeri Pahang. Reka bentuk Cop Mohor Negeri Pahang telah diilhamkan dari Cogan Negeri Pahang.

Cop Mohor Negeri Pahang

THE ROYAL SEAL

The Pahang State Seal only existed with the grace of KDYMM Sultan Pahang on 31 December 1947. Discussion about this issue was started in the beginning of 1947 after Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang as Yang Dipertua Jawatankuasa Undang-undang Tubuh Negeri Pahang was given this responsibility. YAM Tengku Besar appointed Dato’ Setia Jaya to design the seal. The design of the Pahang Official State Seal is based on Pahang State Emblem. 

The early Pahang Coat of Arms was shaped like a crown where the top part contains the spear head that is flanked by Arabic words, “Ya Latif” at the right and left of the bottom part. At the bottom of the crown, there is a pair of criss-crossed elephant tusks.  This first coat of arms was eventually changed by taking away the crown and putting in the coffee leaf motive. 

When designing the Pahang State Coat of Arms, the Coat of Arms of Perak, Selangor and Johor also became points of reference. One interesting thing about this is the confusion of which between the words “mohor” or “mahar” is correct. Notes on the cover of the file of KDYMM Sultan on 10 June 1947 stated that: 

“About the design of this Coat of Arms, it seems that it is already beautiful other than which between the spellings ‘molek’ and ‘malar’ is correct. Therefore, if agreed upon, it is good that we adjourn the following meeting so that we could ask Dato’ Setia Jaya.”

Thursday 24 April 2014

Lagu Negeri Pahang

LAGU NEGERI PAHANG
Lagu Negeri Pahang dikatakan berasal dari lagu Perang Pahang yang dikarang semula dengan penyesuaian untuk dijadikan lagu negeri oleh seorang yang bernama Cik Shodder. Cadangan untuk mewujudkan Lagu Negeri Pahang telah bermula pada bulan Disember 1942 dan kemudiannya telah dipersembahkan untuk perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abdullah Al-Mu'tassim Billah pada 1 Mei 1925. Lagu ini telah dihantar ke Kuala Lumpur dan telah dimainkan buat pertama kalinya oleh State Band semasa Mesyuarat Majlis Persekutuan (Federal Council) pada tahun yang sama.

ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI
 Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan Usia Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan Duli Tuanku 
Raja Kami


PAHANG STATE ANTHEM
The State Anthem of Pahang was said to have originated from the song Perang Pahang, rearranged by Cik Shodder, in December 1924. It was the presented to His Royal Higness the Sultan Pahang, Sultan Abdullah Al-Mu'tassim Billah on 1st May, 1925. The song was sent to Kuala Lumpur and presented for the first time by the State Band during the meeting of the Federal Council the same year.

Bendera Negeri Pahang

Bendera Negeri Pahang 
Warna bendera negeri Pahang pada asalnya berwarna hitam. Pada masa dahulu masyarakat mengandaikan bahawa warna hitam sebagai warna rakyat. Hakikat sebenarnya hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika dahulu pemerintah di Negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara. Setelah memakai gelaran sultan (Bendahara Wan Ahmad kepada Sultan Ahmad Al- Mu’adzam Shah), baginda telah meletakkan warna putih pada bendera negeri Pahang.

Tambahan warna putih di atas hitam membawa makna bahawa Negeri Pahang adalah negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan beraja. Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan, undang-undang, adat istiadat, adat resam, tatasusila serta kuasa-kuasa yang tertentu yang ada pada raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.


Bendera Negeri Pahang Pertama
Bendera Negeri Pahang Kedua
Bendera Negeri Pahang Sekarang


THE PAHANG STATE FLAG 
The original colour of the Pahang State flag was black, because there was a supposition that black was the colour of the rakyat. In fact, black was the official colour of the Bendahara. When he became the Sultan, His Royal Highness Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah added a strip of white colour on top of the black signifying that Pahang was now sovereign. This also added meaning to the fact that Pahang was its own sovereign state with its own code of conduct, code of honour, ceremonial customs, and explicit Royal powers.

Wednesday 23 April 2014

Sejarah Pahang

Pahang Sepintas Lalu

Negeri Pahang merupakan sebuah negeri yang telah wujud lebih awal dari Kerajaan Melayu Melaka. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan penemuan bahan-bahan artifak hasil daripada kerja arkeologi yang dijalankan di seluruh negeri ini. Dikatakan bahawa dahulu Wilayah Selatan Semenanjung Tanah Melayu termasuk dalam kawasan Kerajaan Negeri Pahang. 

Orang Jawa Majapahit pada satu ketika dahulu menggelari Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Terdapat pelbagai nama yang digunakan untuk merujuk pada Negeri Pahang. Contohnya, pengarang Cina pernah menyebut Pahang sebagai Pang-Hang, Pong-Fong manakala Orang Arab dan Orang Eropah pada zaman dahulu menyebut Pam, Pahng, Fanhan dan sebagainya. Malah ada juga pendapat yang mengatakan bahawa nama Pahang berasal dari bahasa Siam Asli yang bermaksud timah. Pada satu ketika dahulu negeri Pahang pernah dijajah oleh kerajaan Majapahit dan juga Siam.
 
Kerajaan Melayu Melaka telah berjaya menakluki negeri Pahang setelah menewaskan Maharaja Dewa Sura iaitu maharaja Siam yang memerintah negeri ini pada ketika itu. Maka, tidak hairanlah sekiranya pemerintahan beraja negeri Pahang tidak jauh berbeza dengan negeri Melaka. Namun, bermula pada tahun 1699 pemerintahan negeri Pahang berpindah kepada keturunan Bendahara sehingga ke hari ini.


Pahang at a Glance

Pahang has existed long before Melaka. This is evidenced from the discoveries of certain artefacts. It was also believed that the southern regions of the Semenanjung Tanah Melayu once belonged to the kingdom of Pahang. The Javanese of Majapahit once called Semenanjung Tanah Melayu, Pahang. There were many names used as references to Pahang. Some Chinese scribes once called Pahang as Pang-Hang, Pong-fong while the Middle East and Europe called Pam, Pahng,  Fanhan and others. 

There were some opinions that Pahang got its name from a very large tree called the Mahang tree. Some said that the word Pahang originated from a Siamese word that meant tin.  This is because Pahang was once colonised by the kingdoms of Majapahit and Siam. Pahang was then placed under Melaka when Maharaja Dewa Suria, the king of Siam was defeated. It comes as no surprise that the royal command of both states then were quite similar. In early 1699, the rule of Pahang came under Bendahara rule till 1884 when Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah was inaugurated as the first Sultan of Pahang up to his descendants at present.
 


Tuesday 22 April 2014

Sejarah Cogan Negeri Pahang

Cogan Negeri Pahang


Mengikut  ceritanya,  semasa  Wan  Ahmad  (kemudiannya  digelar  Sultan Ahmad  Al  Mu’adzam  Shah  selepas  menjadi  Sultan)  bersemayam  di Terengganu,  baginda duduk  minum kopi  sambil  berfikir  strategi  untuk mengalahkan  saudaranya  Wan  Mutahir.  Setelah  baginda  memenangi peperangan dengan Wan Mutahir, maka gambar daun kopi telah dijadikan cogan kebesaran keluarga baginda dan gading gajah yang bersilang dibawah  daun  kopi  itu  melambangkan  kekuasaan,  binatang  yang  paling kuat  dan  terbesar  di  darat  seperti  yang  digambarkan  dalam  Sejarah Melayu, gajah mempunyai hubungan rapat dengan raja-raja Melayu dan istiadat diraja iaitu sebagai kenderaan diraja. Manakala cogan kata negeri, iaitu  Ya Latif membawa maksud lemah lembut adalah sebagai simbolik pemerintahan beraja negeri ini yang tidak menggunakan kekerasan.

 

 Cogan Negeri Pahang


Emblem of the State of Pahang


This is according to a tale of two warring brothers. Wan Ahmad (later known as Sultan Ahmad Al-Mu’adzam Shah) was resting in Terengganu and strategizing on how to defeat his opponent Wan Mutahir, while drinking coffee. After his victory, the inspiration for an emblem came in the form of a coffee leaf and two ivory tusks criss-crossed at the bottom. The elephant tusks symbolized power, because the elephant is considered as the most powerful and biggest land animal, as described in Sejarah Melayu about its expediency as a royal carriage. The State motto, with the words Ya Latif presents an aura of gentility shared with the people.             

Friday 18 April 2014

Museum Pahang blogspot under maintenance.. will be update soon..