Negeri Pahang merupakan sebuah negeri yang telah wujud lebih
awal dari Kerajaan Melayu Melaka. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan penemuan
bahan-bahan artifak hasil daripada kerja arkeologi yang dijalankan di seluruh
negeri ini. Dikatakan bahawa dahulu Wilayah Selatan Semenanjung Tanah Melayu
termasuk dalam kawasan Kerajaan Negeri Pahang.
Orang Jawa Majapahit pada satu ketika dahulu menggelari Semenanjung Tanah Melayu sebagai Pahang sahaja. Terdapat pelbagai nama yang digunakan untuk merujuk pada Negeri Pahang. Contohnya, pengarang Cina pernah menyebut Pahang sebagai Pang-Hang, Pong-Fong manakala Orang Arab dan Orang Eropah pada zaman dahulu menyebut Pam, Pahng, Fanhan dan sebagainya. Malah ada juga pendapat yang mengatakan bahawa nama Pahang berasal dari bahasa Siam Asli yang bermaksud timah. Pada satu ketika dahulu negeri Pahang pernah dijajah oleh kerajaan Majapahit dan juga Siam.
Kerajaan Melayu Melaka telah berjaya menakluki negeri Pahang setelah menewaskan Maharaja Dewa Sura iaitu maharaja Siam yang memerintah negeri ini pada ketika itu. Maka, tidak hairanlah sekiranya pemerintahan beraja negeri Pahang tidak jauh berbeza dengan negeri Melaka. Namun, bermula pada tahun 1699 pemerintahan negeri Pahang berpindah kepada keturunan Bendahara sehingga ke hari ini.
Pahang at a Glance
Pahang has existed long before Melaka. This is evidenced
from the discoveries of certain artefacts. It was also believed that the
southern regions of the Semenanjung Tanah Melayu once belonged to the kingdom
of Pahang. The Javanese of Majapahit once called Semenanjung Tanah Melayu, Pahang.
There were many names used as references to Pahang. Some Chinese scribes once
called Pahang as Pang-Hang, Pong-fong
while the Middle East and Europe called Pam, Pahng, Fanhan
and others.
There were some opinions that Pahang got its name from a very large
tree called the Mahang tree. Some said that the word Pahang originated from a
Siamese word that meant tin. This is because Pahang was once colonised by
the kingdoms of Majapahit and Siam. Pahang was then placed under Melaka when
Maharaja Dewa Suria, the king of Siam was defeated. It comes as no surprise
that the royal command of both states then were quite similar. In early 1699,
the rule of Pahang came under Bendahara rule till 1884 when Sultan Ahmad
Al-Muadzam Shah was inaugurated as the first Sultan of Pahang up to his
descendants at present.
No comments:
Post a Comment